WELCOME TO RAMAYANA WAP

.

SILAKAN MEMILIH MENU YANG TERSEDIA DI BAWAH INI

SELAMAT DATANG PENGGUA:
United States

Sidoarjo area
MENU MOSLEM

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan
dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a
berkata: Nabi SAW. bersabda yang
bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari
Assyuuraa ’ yakni 10 Muharram, maka Allah
akan memberikan kepadanya pahala 10,000
malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada
hari Assyuuraa ’, maka akan diberikan pahala
10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000
orang mati syahid; dan siapa yang
mengusap kepala anak yatim pada hari
Assyuuraa ’, maka Allah akan menaikkan
dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa
yang memberi buka puasa orang mukmin
yang berpuasa pada hari Assyuuraa ’, maka
seoleh-oleh memberi buka puasa semua
umat Muhammad SAW. dan
mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah
telah melebihkan hari Assyuuraa ’ dari lain-
lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada
hari Assyuuraa ’,
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari
Assyuuraa ’;
dan menjadikan Syurga serta memasukkan
Adam di syurga pada hari Assyuuraa ’;
dan Allah menyelamatkan dari api neraka
pada hari Assyuuraa ’;
dan menenggelamkan Fir’aun pada hari
Assyuuraa’;
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada
hari Assyuuraa ’
dan Allah memberi taubat kepada Adam
pada hari Assyuuraa ’;
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari
Assyuuraa ’;
dan juga kembalinya kerajaan Nabi
Sulaiman pada hari Assyuuraa ’;
dan akan terjadi Qiyamat pada hari
Assyuuraa ’
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya
dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya
taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari
turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia
berpuas a syukur; dan ia pula hari
tenggelamnya Fir ’aun dan terbelahnya laut
bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka
mereka berpuasa; kerana itu jika dapat;
engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa’.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya
dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada
keluarganya pada hari Assyuuraa ’, maka
Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang
tahun itu.
Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka
rasakan kebenarannya.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,
mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari
Assyuuraa ’; maka tanya kepada mereka
tentang itu. Jawab mereka; “Hari itu Allah
memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani
Israil terhadap Fir ’aun dan kaumnya. Maka
kami puasa kerana mengagungkan hari ini”.
Maka sabda Nabi SAW.; “Kami lebih layak
mengikuti jejak Musa dari kamu”. maka
Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya
berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan Assyuuraa’ kerana ia jatuh pada
sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat
yang mengatakan hari Assyuuraa ’ kerana
Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi
dengan sepuluh kehormatan;
1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam
a.s. 2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari
Assyuuraa ’ dan diangkatkan sebagai
kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir’aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari
perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ ..
Sebahagian lain berpendapat, dinamakan
hari Assyuuraa ’ kerana ia kesepuluh dari
kemulian-kemulian yang diberikan Allah
pada umat ini.
1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai
kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya
dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-
umat ini atas lain-lain umat.
2. Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari
lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi
Muhammad SAW. atas semua Nabi.
3. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya
dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah
terhadap semua makhluk.
4. Lailatul qadr yang terlebih baik dari
seribu bulan yang lain.
5. Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan
(penerimaan upah)
6. Hari-h ari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah)
iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
7. Hari Arafah yang dosanya dapat
menebuskan dosa dua tahun.
8. Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
9. Hari Jumaat yang termulia dari semua
hari.
10.Hari Assyuuraa’ yang puasanya dapat
menebus satu tahun dosa.
Dan masing-masing waktu yang tersebut itu
ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada
umat ini untuk membersihkan dan menebus
dosa-dosa mereka.

MENU GOOGLE

Powered by
HOME

Google Mobile Search


Partner http://ramayana.mw.lt

Web
Images
ramayana Web

Copyright 2010
448



Visit XtGem.com